Ahad, 28 Oktober 2012

LATIHAN PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Hi,
Setelah mengajar murid-murid tahun 4 tentang pembelajaran rekorder di dalam kelas, saya telah menyediakan satu latihan untuk murid-murid. Contoh latihan muzik ini seperti gambar rajah tersebut.



Set soalan boleh di dapati di sini.

http://www.megafileupload.com/en/file/372001/soalan-muzik-tahun-4-pdf.html

Selamat Mencuba!

PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4 (SAMBUNGAN)

Pembelajaran rekorder tahun 4 (b)

Ini adalah sambungan dari pembelajaran rekorder yang lepas. Di sini, saya sertakan contoh aktiviti pengukuhan untuk latihan penjarian not B, A dan G.

Lagu : Mary Had A Little Lamb


Audio Mary Had A Little Lamb

mary had a little lamb

Ini video dari youtube yang menunjukkan cara bermain rekorder.


PEMBELAJARAN REKORDER TAHUN 4

Pembelajaran rekorder tahun 4 (a)

Minggu lepas saya telah membuat sesi pembelajaran rekorder tahun 4 di dalam kelas kepada murid-murid. Berpandukan buku pusat sumber pendidikan muzik, saya telah mengajar murid-murid tentang not B, A, G, C' dan D'. Disini saya sertakan gambar rajah not tersebut.

Not B


Not A

Not G

Not C'

Not D'

Di dalam latihan penjarian, terdapat dua jenis latihan. Pertama, latihan penjarian dengan tempo lambat, cepat dan sederhana. Manakala yang kedua, latihan penjarian dengan dinamik lembut (p) dan kuat (f). Latihan ini boleh dilihat seperti gambar rajah di bawah :




Sabtu, 27 Oktober 2012

REKORDER

Harini ini, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang pengenalan Rekoder. 

REKORDER : adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.

Jenis-jenis Rekorder

STRUKTUR REKORDER : 


TEKNIK BERMAIN REKORDER : 

- Teknik asas sebelum bermain rekorder 

  • Postur :

-   Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
-   Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala    berlebihan atau membongkokkan badan.)



  • Cara Memegang Rekorder

-   Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
         a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian
             pangkal.
         b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
         c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.


  • Penjarian


penjarian rekorder


a) Tangan Kiri : 

  1. Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
  2. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  3. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  4. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b) Tangan Kanan :

  1. Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  2. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  3. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
  4. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
  5. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.
  6. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.



susunan jari pada rekorder


carta penjarian rekorder



Praktis Drum Set

Di sini saya sertakan link drum set yang boleh digunakan untuk latihan seharian.

Tekan link ini

Selamat Mencuba!

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


Ini adalah tugasan terbaru saya.

Tugasan 3 : Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.

Selamat mengunjungi blog saya!