Sabtu, 27 Oktober 2012

REKORDER

Harini ini, saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang pengenalan Rekoder. 

REKORDER : adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes.

Jenis-jenis Rekorder

STRUKTUR REKORDER : 


TEKNIK BERMAIN REKORDER : 

- Teknik asas sebelum bermain rekorder 

  • Postur :

-   Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
-   Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala    berlebihan atau membongkokkan badan.)



  • Cara Memegang Rekorder

-   Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
         a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian
             pangkal.
         b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
         c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.


  • Penjarian


penjarian rekorder


a) Tangan Kiri : 

  1. Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
  2. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  3. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  4. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
b) Tangan Kanan :

  1. Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  2. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  3. Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
  4. Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
  5. Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil.
  6. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.



susunan jari pada rekorder


carta penjarian rekorder



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Terima kasih, info yang menarik dan boleh dipraktikkan.

    BalasPadam
  2. Tahniah, info menarik dan boleh dimanafaatkan. Teruskan usaha berblog.

    BalasPadam